Penganggur dipenjara 8 bulan pukul 2 anak guna jaring raket badminton, jalan itik tanpa henti

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG penganggur dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas empat pertuduhan menganiaya dua anak kandung lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 13 tahun dan 15 tahun, antara 30 Mei sehingga 1 Jun lepas.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman ke atas setiap pertuduhan itu selepas tertuduh yang berusia 35 tahun mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan berkenaan.

Fadzlin Suraya turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut dari tarikh dia ditangkap pada 1 Jun lalu selain hukuman bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara serentak.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menganiaya dua kanak-kanak terbabit yang juga merupakan anak kandungnya sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kediaman sebuah blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong Utara, Kuala Lumpur antara jam 9 malam pada 30 Mei 2024 sehingga 1 Jun 2024.

Justeru bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh merayu agar mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan penanggung tunggal kepada keluarga selain telah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.

“Saya mempunyai tiga lagi anak yang masih kecil dan saya penanggung tunggal keluarga. Saya juga mempunyai penyakit kronik iaitu kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

“Mohon mahkamah mengurangkan hukuman saya kerana saya mahukan peluang kedua untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil,” katanya.

Hakim kemudian menyoal Muhamad Farid berhubung punca dia menganiaya dua anak kandungnya itu.

Tertuduh: Sebab saya tengok kelakuan mereka dengan adik-adik yang lain agak pelik sikit.

Hakim: Jadi, apa tujuan kamu pukul mereka? Kamu pukul untuk mengajar lah?

Tertuduh: Ya… Tapi saya tak sangka situasi boleh menjadi seteruk ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip kemudian memohon satu hukuman yang setimpal ke atas tertuduh bagi memberikan pengajaran terhadap bapa kepada lima anak tersebut dan orang ramai di luar sana untuk tidak mengulangi kesalahan yang serupa.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah dengan sengaja menganiaya anak kandung lelakinya yang berusia 13 tahun dengan memukul kedua-dua belah kaki remaja itu dengan menggunakan jaring yang terpasang pada sebatang raket badminton sekitar jam 9 malam hingga 12 malam pada 30 Mei lepas.

Tertuduh turut melempang muka dan memukul bahagian badan remaja berkenaan pada tarikh dan waktu sama.

Manakala pada 31 Mei lalu, sekitar jam 3 hingga 5 petang, remaja perempuan berusia 15 tahun turut dianiaya oleh bapa kandungnya itu dengan cara yang sama iaitu dipukul dengan jaring raket badminton di mukanya sekitar jam 3 hingga 5 petang pada 31 Mei lalu.

Kedua-dua kesalahan itu telah menyebabkan kecederaan ke atas dua remaja berkenaan sepertimana di dalam laporan awal perubatan.

Tertuduh turut menyuruh dua remaja itu berjalan itik di dalam rumah tanpa henti dalam tempoh masa yang lama sehingga mungkin menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal ke atas dua remaja itu, antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada 1 Jun lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This