Ketua Polis Perak antara 28 pegawai kanan PDRM bertukar jawatan

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 28 pegawai kanannya berkuat kuasa 8 Julai ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pertukaran pegawai kanan itu antaranya melibatkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris akan menjawat jawatan yang ditinggalkan Mohd Yusri dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Senior Asisten Komisioner Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zulkafli Sariaat pula dilantik Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Baca artikel lain: Pengendali kaunter boleh minta pelanggan buka pelitup muka – Polis

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilantik ke jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Selangor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh pula dilantik Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia Pejabat KPN dengan memangku pangkat Senioer Asisten Komisioner.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This