7 ahli gugur: Bersatu hantar surat kepada Speaker Parlimen, DUN

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor serta Kelantan berkenaan status tujuh wakil rakyatnya yang digugurkan keahlian.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum itu, Bersatu akan menghantar notis kepada tujuh wakil rakyat terbabit dalam masa terdekat bagi memaklumkan mengenai pengguguran keahlian mereka.

“Bersatu akan ambil tindakan susulan terhadap enam Ahli Parlimen dan ADUN terbabit. Surat untuk beritahu mereka bahawa keahlian mereka telah gugur (akan dihantar) dalam satu atau dua hari.

“Selepas itu, kita akan maklumkan kepada Speaker Parlimen mengenai enam Ahli Parlimen, selain Speaker DUN Selangor bagi kerusi Selat Klang dan Speaker DUN Kelantan bagi kerusi Nenggiri.

Baca artikel lain: Kerajaan bertanggungjawab semarakkan industri tempatan – Anwar

“Keputusan ini dibuat berikutan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Semua langkah yang perlu diambil berdasarkan nasihat peguam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat majlis pimpinan Perikatan Nasional (PN), malam tadi.

Sebelum ini, tujuh wakil rakyat Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Daripada tujuh itu, enam membabitkan Ahli Parlimen iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Mohd Azizi juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri di Kelantan.

Seorang lagi wakil rakyat yang turut digugurkan keahlian adalah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This