DATUK Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk memberhentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan bersama, Anwar dan Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah kepada umum serta mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di media sosial, Anwar dan Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terlibat.
Kedua-dua pemimpin itu juga berharap keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak.
“Kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara ini.
“Anwar dan Muhyiddin berharap agar perkara ini tidak dijadikan bahan yang boleh menggangu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara,” jelas kenyataan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

