Penyertaan Noh ke Bersatu langkah tepat, buka ruang beri sumbangan bermakna – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYERTAAN bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai langkah tepat.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengalu-alukan keputusan dilakukan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Menurut Muhyiddin, kehadiran bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu membuka ruang untuk memberikan sumbangan lebih bermakna kepada parti tersebut.

“Noh sebelum ini banyak menyertai program Bersatu malah turut sama-sama membantu parti ini dan Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa siri kempen pilihan raya negeri (PRN) serta pilihan raya kecil (PRK).

“Saya berdoa semoga hijrah beliau ke dalam wadah parti Bersatu akan meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada parti ini dan memperkukuhkan saf perjuangan PN menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan Noh mengumumkan penyertaan ke Bersatu berkuat kuasa serta-merta dengan permohonan itu dilakukan secara dalam talian tanpa diketahui sesiapa.

Baca artikel lain: Noh Omar sertai Bersatu, kecewa kes Najib

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu membuat keputusan drastik tersebut selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

Pada Rabu, permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu termasuk oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah dengar cakap.

Pada Januari tahun lalu, Noh dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sah dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This