Isu HRD Corp: PAC tak sebut elemen rasuah, biar SPRM siasat dengan profesional

Dari Penulis

PEGUAM Amrit Pal Singh hari ini membangkitkan kenyataan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah menyebut mengenai berlakunya elemen rasuah dalam pentadbiran Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Justeru, beliau berkata, semua pihak hendaklah berlapang dada dan membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut dengan penuh professional bagi mencapai tujuan yang disasarkan.

“Ini tidak, baru sahaja SPRM kunjungi pejabat HRD Corp, ramai yang buat pelbagai tanggapan walaupun PAC tidak pernah sebut elemen rasuah atau salah guna kuasa oleh pengurusan HRD Corp.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya suka ingatkan bahawa prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.

Baca artikel lain: KESUMA lantik juruaduit bebas, tubuh pasukan khas audit HRD Corp

“Kita tak boleh ‘hukum’ mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” jelas beliau.

Tiga hari yang lalu, lima individu dipercayai pegawai penyiasat SPRM berkunjung ke pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin, Kuala Lumpur.

Lima pegawai termasuk seorang wanita itu tiba jam 11.30 pagi menaiki dua kenderaan berasingan.

Difahamkan, kehadiran pegawai penyiasat itu bagi mengambil dokumen berkaitan isu syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Tumpuan utama siasatan SPRM menjurus kepada unsur jenayah yang tertakluk mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This