Batal pembelian Menara Ikhlas: HRD Corp tak rugi apa-apa

Dari Penulis

PERBADANAN Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) tidak mengalami sebarang kerugian apabila membatalkan pembelian Menara Ikhlas di Putrajaya, demikian menurut nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media.

Dalam nota yang sama, pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah pun memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.

“Pendapat audit adalah kurang tepat kerana pihak HRD Corp telah mengikuti proses yang betul selaras dengan klausa Perjanjian Jual Beli dan tiada kerugian yang dilaporkan,” katanya.

Mengenai pembelian hartanah itu, nota yang sama turut menyebut, HRD Corp telah mendapat kelulusan untuk pembayaran deposit melalui ratifikasi pada 8 Februari 2022.

“Keputusan untuk menukar firma guaman oleh mana-mana pihak adalah hak atau keputusan pihak itu sendiri dan tidak memerlukan persetujuan dan kebenaran pihak lain.

Baca artikel lain: Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat – PAC

“HRD Corp ingin menegaskan bahawa Klausa 30 Perjanjian Jual Beli hanya terpakai apabila terdapat perubahan atau penambahan terma kepada Perjanjian Jual Beli yang melibatkan kedua-dua pihak,” menurut nota itu lagi.

Semalam, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap menyifatkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) turut mempunyai beberapa kelemahan sehingga menjurus kepada penemuan yang tidak tepat.

Beliau yang pernah menerajui tiga kementerian sebelum ini turut mengakui pernah berdepan dengan banyak kelemahan dan kesalahan dalam LKAN sewaktu menjawat jawatan menteri.

Sebagai contoh, Khairy berkata, antara kelemahan tersebut adalah melibatkan julat masa audit tersebut dijalankan dan metodologi yang diguna pakai.

Beliau memaklumkan, beberapa isu besar melibatkan dirinya sewaktu menjadi menteri pernah dibangkitkan dalam LKAN seperti Sukan SEA 2017 dan pengagihan vaksin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This