Malaysia perlu akta kekang buli siber sebelum membarah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA perlu mempunyai satu akta khusus bagi mengekang jenayah buli siber daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Mohd Fadzli Mohamad Isa berkata, kewujudan akta itu akan membolehkan masyarakat menggunakan media sosial dengan lebih beretika.

Katanya, akta buli siber juga membolehkan semua platform media sosial mempunyai unsur akauntibiliti dan ketelusan.

“Akta ini penting supaya media sosial digunakan dengan lebih beretika samada oleh pengendali platform atau pengguna platform tersebut. Penting untuk ada unsur akauntabilti dan ketelusan. 

“Antara langkah lain untuk mengatasi masalah buli siber adalah pendidikan berkenaan buli siber dan tanggungjawab sebagai pengguna media sosial. Disiplin dalam cara penggunaan. 

“Pengendali platform juga harus bertanggungjawab dan tegas dalam menyaring dan mengenalpasti kandungan yang mempunyai buli siber,” katanya kepada UtusanTV.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar hari ini memaklumkan beliau telah memberi taklimat kepada jemaah menteri mengenai status masalah buli siber.

Menurut Fahmi, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet tiga langkah utama yang akan diambil untuk mengatasi perkara tersebut termasuk meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk kanun keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sepanjang 2021 hingga 8 Julai 2024, kes buli siber yang paling banyak berlaku adalah di platform Facebook dengan jumlah 6,191 kes.

Manakala, platform WhatsApp pula berada di tangga kedua dengan 2,449 kes disusuli platform Instagram dengan 1,571 kes.

Bagi jenis buli siber yang dilaporkan, sebanyak 6,789 kes melibatkan gangguan serangan manakala 2,695 kes gangguan fitnah.

Mengulas lanjut mengenai masalah buli siber, Mohd Fadzli berkata, ramai yang menganggap isu buli siber adalah perkara yang remeh kerana ia berlaku di alam maya.

Sedangkan, menurut beliau, buli siber memberi impak besar terhadap mangsa seperti boleh menganggu tahap kesihatan mental mereka.

Malah, Mohd Fadzli berkata, keadaan itu juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit psikiatri seperti kegelisahan dan kemurungan.

“Terdapat banyak jenis buli siber yang boleh berlaku. Semuanya ada kaitan dengan tingkah laku yang mempunyai unsur menindas, memperkecilkan, mengasingkan, memerangkap dan lain-lain.

“Buli siber yang sering berlaku adalah hendap siber; gangguan; hasut maya; godam; fitnah dan mesej lucah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This