BAHAGIAN Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berjaya menahan 18 individu yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya telah melakukan serbuan ke atas dua unit kondominium di kawasan Jalan Ampang pada 10 Julai lalu.
Menurut beliau, dalam serbuan pada jam 6 petang itu, pihaknya telah berjaya menahan 16 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang wanita warga asing.
Katanya, mereka yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 22 hingga 27 tahun.

“Polis juga telah berjaya membuat rampasan sebanyak 62 jenis peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan seperti 18 set komputer, 43 unit telefon pelbagai jenama, dan seunit router jenama TP-Link.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Kesemua tangkapan telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Lazim berkata, siasatan awal mendapati kesemua tangkapan telah menggunakan modus operandi penipuan pelaburan tidak wujud di kondominium mewah yang memiliki kawalan keselamatan 24 jam bagi mengelakkan daripada kegiatan mereka dikesan.
Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

