Dua menara siap dibina, 1,500 penduduk dua kampung di Kulai nikmati kualiti internet lebih baik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 1,500 penduduk di dua kampung di Kulai, Johor dan kawasan sekitarnya kini menikmati kualiti perkhidmatan internet yang lebih baik apabila dua menara komunikasi siap dibina.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, berita gembira itu melibatkan Kampung Murni Jaya 2 dan Kampung Tersusun Murni Jaya di Kulai setelah dua menara komunikasi itu diaktifkan melalui penggunaan teknologi multi operator core network (MOCN).

Menurut MCMC, penduduk di Kampung Murni Jaya 2 boleh menikmati perkhidmatan disediakan CelcomDigi dan Maxis manakala penduduk di Kampung Tersusun Murni Jaya pula menerima perkhidmatan lebih baik daripada CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

“Selain itu, pembinaan menara-menara komunikasi ini dijangka memperluas dan mempertingkat kualiti liputan di kawasan yang bermasalah.

“Kedua-dua menara komunikasi terebut dilaksanakan di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) oleh MCMC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: MCMC kompaun RM25,000 terhadap tiga individu komen lucah di Facebook

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching telah mengadakan lawatan kerja ke tapak menara komunikasi di daerah Kulai, pagi tadi.

Lawatan tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor; wakil kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai dan wakil-wakil penyedia perkhidmatan.

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan, sebanyak 129 menara baharu telah dirancang di Johor.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sebanyak 56 menara komunikasi telah siap dibina setakat suku kedua 2024 dan beroperasi sepenuhnya manakala selebihnya dalam peringkat pelaksanaan.

“Dijangkakan semua menara komunikasi di bawah pelan Jendela 1 akan siap sepenuhnya apda penghujung tahun ini.

“MCMC komited dalam memastikan Pelan Jendela berjalan seperti yang telah dirancang agar rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar berkualiti untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This