PARTI-PARTI komponen dalam Perikatan Nasional (PN) perlu saling menghormati antara satu sama lain dan bermesyuarat secara demokrasi susulan isu sumbangan dana syarikat alkohol kepada sekolah vernakular.
Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong menegaskan, kenyataan beliau sebelum ini adalah berdasarkan prinsip keadilan dan kebenaran ditegakkan parti di samping mempertahankan hak asasi semua kaum.
Menurut beliau, Gerakan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam PN, bukan menyertai gabungan berkenaan.

Oleh itu, beliau berkata, Gerakan tetap berpegang kepada pandangan dan pendirian parti dalam sebarang isu serta tidak semestinya menerima pemikiran atau tindakan parti-parti komponen PN secara penuh dan keseluruhan.
“Sebagai seorang ahli parti, kita perlu mencintai dan setia kepada parti serta mempertahankan matlamat dan prinsip perjuangan parti.
“Sebagai pemimpin parti pula, lebih penting lagi untuk memberi teladan, sentiasa berada di barisan hadapan, mempertahankan kedudukan politik dan martabat parti,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, beliau tidak boleh berdiam diri ketika berdepan dengan desakan daripada luar yang melampaui batas.
Baca artikel lain: Bersatu akan jadi pendamai Pas-Gerakan, kata Wan Fayhsal
Katanya, beliau bertanggungjawab memainkan peranan mempertahankan maruah partinya bagi tidak mengecewakan ahli dan penyokong Gerakan.
“Selama lebih 30 tahun dalam Gerakan, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa saya perlu memegang teguh semangat perjuangan parti kita yang tidak kenal menyerah dan takut.
“Bahkan jika menghadapi tekanan yang kuat sekali pun, tidak boleh mengorbankan martabat parti.
“Semoga ini dapat dijadikan semangat bersama bagi semua yang setia kepada parti,” katanya.
Sebelum ini, Tong Keong dilaporkan berkata bahawa parti berkenaan tidak teragak-agak keluar daripada PN dan kekal teguh menyokong serta mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.
Ia ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Pas mungkin tidak akan bekerjasama dengan Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan kecewa dengan pendirian parti tersebut yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.
Berikutan itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti berkenaan tidak menghalang sekiranya Gerakan mengambil keputusan untuk keluar daripada PN.
Beliau berkata, terserah kepada Gerakan untuk membuat keputusan kerana setiap parti mempunyai hak dan pendirian masing-masing.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

