KENAIKAN gaji penjawat awam di Terengganu bergantung kepada kadar ditetapkan kerajaan Persekutuan yang akan dimaklumkan pada 16 Ogos ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pihaknya masih menunggu perincian sebelum mengkaji tindakan yang akan diambil berhubung perkara itu2e.
“Setakat ini tiada lagi perbincangan mengenai perkara tersebut (kenaikan gaji) bersama menteri besar.
“Kita akan lihat pengumuman pada 16 Ogos nanti. Kalau berdasarkan sejarah dahulu pun apa diputuskan kerajaan Pusat itu selalu kita ikut (kadar baharu kenaikan gaji).
“Selalu ikut selaras dengan pengumuman dibuat kerajaan Persekutuan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Tak rehat lama lepas menang gangsa, kata Aaron-Wooi Yik
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara Terengganu Inc dan Shizen International Inc di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata, kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini.
Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013.
Pada 15 Julai lepas, pengumuman khas berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam akan dibuat kerajaan pada 16 Ogos depan.
Menerusi hantaran di laman X, Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan, pengumuman khas itu diadakan menerusi Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

