Mangsa banjir di Perak kekal 105 orang

Dari Penulis

MANGSA banjir di Perak kekal 105 mangsa daripada 36 keluarga setakat 8 pagi ini yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS di daerah Hulu Perak dibuka sejak semalam berikutan bencana banjir yang menjejaskan tiga kampung iaitu Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

“Sebanyak 64 orang daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Kebangsaan Basia Lama, manakala 41 orang daripada 15 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dijangka mengalami ribut serta hujan pada sebelah pagi dan petang ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Kerian di Selama berada pada tahap bahaya dengan iaitu 12.99 meter.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This