Zoo Johor dibuka semula pada 31 Ogos ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ZOO Johor iaitu zoo tertua di negara ini akan dibuka semula kepada umum secara rasmi mulai 31 Ogos ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pembukaan semula Zoo Johor itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pada masa sama, kata beliau, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan binatang belaan Istana Johor kepada zoo tersebut.

Tambah Onn Hafiz, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian pembukaan Zoo Johor pada 28 Ogos 2024.

“Syukur Alhamdulillah, dengan penuh rasa gembira saya ingin berkongsi berita yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh Bangsa Johor.

“Pembangunan semula zoo ini merupakan inisiatif penting Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan ia terus menjadi produk pelancongan yang membanggakan sekali gus bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026 dengan sasaran 12 juta pelancong,” katanya dalam hantaran tersebut.

Wajah baharu Zoo Johor yang akan dibuka secara rasmi 31 Ogos ini.

Baca artikel lain: Kesesakan Klinik Kesihatan Kulai: Onn Hafiz buat lawatan mengejut

Mengulas lanjut, Onn Hafiz sempena pembukaan semula Zoo Johor, kerajaan negeri akan memberikan potongan 50 peratus bagi tiket dewasa dan percuma bagi kanak-kanak, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) selama sebulan iaitu mulai 31 Ogos hingga 30 September 2024.

“Harga tiket sebenar adalah RM10 bagi dewasa (warganegara), RM5 (pemegang MyKid lima – 12 tahun), RM5 (pemegang MyKad, 60 tahun ke atas dan percuma bagi OKU (pemenang MyKad).

“Bagi pelancong asing pula, tiket adalah berharga RM30 bagi umur lima tahun ke atas dan percuma bagi bawah lima tahun,” katanya.

Untuk rekod, Zoo Johor ditutup hampir tiga tahun akibat pandemik Covid-19 termasuk kerja-kerja naik taraf zoo berkenaan.

Zoo Johor yang berkeluasan 4.73 hektar (11.70 ekar) dan merupakan zoo tertua di negara ini.

Zoo tersebut dahulunya merupakan Kebun Binatang Almarhum Siltan Sir Ibrahim Almarhum Sultan Sir Abu Bakar yang direka untuk menempatkan koleksi haiwan peribadi baginda serta menjadi simbolik kepada benua atau negara yang pernah baginda kunjungi.

Pada 1 April 1962, Kebun Binatang itu telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk dibuka kepada umum.

Kini, zoo berkenaan tampil dengan wajah baharu dan koleksi 275 ekor haiwan daripada 53 spesis termasuk dalam kategori mamalia, primata, reptilia dan burung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This