Kenyataan Muhyiddin cetus persepsi negatif, wajar mohon maaf secara terbuka – Pemuda UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini disifatkan jelas mencetus persepsi negatif.

Pada masa sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ucapan Muhyiddin itu juga mewujudkan kesangsian terhadap kebolehan dan keupayaan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara yang mana kuasanya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2).

Malah, Pemuda UMNO turut melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat Muhyiddin itu.

“Pergerakan Pemuda UMNO menjunjung kasih di atas titah tegas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengambil tindakan tegas terhadap ketelanjuran yang telah dilakukan.

“Pemuda UMNO juga ingin mempersoalkan pimpinan PN yang terdiri daripada Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), adakah kenyataan Muhyiddin adalah konsensus serta mewakili mereka kesemua?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berpandangan, Muhyiddin dan PN wajar memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkannya itu.

“Ia bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Baca artikel lain: Ucapan saya satu fakta, tak bermaksud hina institusi raja – Muhyiddin

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan atas tindakan Muhyiddin yang secara sinis memperlekeh tugas Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda bertitah, kenyataan bekas Perdana Menteri itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri.

Titahnya, tindakan Muhyiddin juga kelihatan tidak matang dan menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan tak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Tengku Hassanal mahu pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebook, juga menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This