Tengku Hassanal murka, mahu PDRM ambil tindakan ke atas Muhyiddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sinis memperlekeh tugas Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda bertitah, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri.

Titahnya, tindakan Muhyiddin juga kelihatan tidak matang dan menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan tak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecah-belahkan rakyat.

“Berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai ketua negara.

“Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut,” titah baginda dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Polis siasat bekas MP didakwa buat gangguan seksual

Tengku Hassanal bertitah, sungguhpun begitu, Al-Sultan Abdullah tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada Seri Paduka.

Titahnya, Seri Paduka telah memanggil pakar-pakar Perlembagaan, penjawat awam utama negara serta secara musyawarah mendapatkan pandangan Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri dibuat.

“Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022.

“Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah semasa baginda memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” titahnya.

Justeru, Tengku Hassanal mahu pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua ahli politik, selaku pemimpin rakyat, mestilah sentiasa berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara dan terus-menerus untuk sentiasa menyatupadukan rakyat,” titahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This