“Jangan seronok, tepuk tangan lihat orang bercerai-berai” – Nora Ariffin

Dari Penulis

PENYANYI Datuk Nora Ariffin menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak terlalu bergembira di atas dugaan rumah tangga pihak lain.

Menurut penyanyi lagu Hanya Satu itu, sebagai orang luar yang tidak mengetahui punca perceraian, seharusnya mereka menunjukkan empati berbanding berseronok melihat masjid yanf dibina runtuh.

“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar.

“Kita pun tak tahu perancangan Allah dan nasib kita di kemudian hari,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, Nora mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik video suaminya, Dr Rushdi Ramli yang sedang melafazkan cerai dengan talak satu terhadapnya di Instagram.

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pelantun lagu Dipersimpangan Dilema itu mula bertiup kencang sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Nora menafikan dan memberitahu dia masih lagi isteri yang sah kepada Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Unversiti Malaya.

Nora dan Rushdi bernikah pada 2021 dalam satu majlis tertutup.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Pada Disember 2018, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak keduanya iaitu Muhammad Syakir Aliff yang berusia 20 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This