BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mahkamah Tinggi, hari ini bagi memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu ‘kutty’.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu tiba pada pukul 9.38 pagi dan disapa penyokongnya yang berkumpul di lobi mahkamah sejak awal pagi.
Sinar Harian melaporkan, perbicaraan hari pertama di hadapan oleh Pesuruhjaya Kehakiman (JC), Gan Techiong, dijangka berlangsung pada pukul 10 pagi.
Sebelum ini, prosiding berkenaan tertangguh beberapa kali, selepas Dr Mahathir tidak sihat dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami masalah pernafasan.
Baca artikel lain: Operasi Samseng Jalanan: 115 motosikal disita, seorang ditahan positif dadah
Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid, 71, telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Dr Mahathir percaya, individu yang dirujuk Presiden UMNO selaku defendan, dalam kenyataan fitnah sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.
Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.
Dr Mahathir juga mendakwa, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan, dipersoal dan diragui.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram