Muhyiddin patut letak jawatan Presiden Bersatu, Pengerusi PN – Puad Zarkashi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Hal itu menurut Mohd Puad kerana bekas Perdana Menteri itu telah terpalit dengan pelbagai dakwaan berkaitan integriti.

Katanya, ia termasuk dakwaan rasuah melibatkan isu Jana Wibawa, dakwaan kes mahkamah di Gua Musang berkaitan isu raja, agama dan bangsa (3R) dan isu menantunya yang masih belum menyerahkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Muhyiddin sepatutnya letak jawatan sebagai Presiden Bersatu dan juga Pengerusi Perikatan Nasional. Tidak payahlah guna alasan bahawa dia belum dihukum bersalah.

“Ini berkaitan integriti. Dia didakwa rasuah kerana isu jana wibawa. Hari ini pula dia didakwa kerana isu 3R. Menantunya belum menyerah diri dan Bersatu kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang pagi ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh 3R ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin akan didakwa  mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Sebelum ini, tular melalui media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dalam pada itu, Mohd Puad menambah, Muhyiddin sepatutnya mencontohi tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melepaskan jawatan apabila Barisan Nasional Kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, tindakan itu dilakukan walaupun Najib pada ketika itu masih belum didakwa dengan sebarang kes.

“Tetapi kenapa dengan baggage yang berat masih mahu kekal jawatan. Pas bisu kerana masih keliru siapa ‘dajal’,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This