Jenazah penyelam TLDM dituntut isteri, diterbangkan ke Tawau

Dari Penulis

JENAZAH penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar di Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, semalam telah dituntut isterinya, hari ini.

Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa, 28 dituntut isterinya, Norazliana Bakri, 25, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, kira-kira 100 ahli keluarga serta anggota dan pegawai TLDM turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah anggota penyelam TLDM itu.

Van jenazah TLDM kemudiannya membawa jenazah Allahyarham ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Lahad Datu.

Baca artikel lain: Anggota penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi Salvaj KD Pendekar

Semalam, TLDM memaklumkan seorang anggota penyelam TLDM disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

Mangsa merupakan anggota penyelam ranjau dari Marks Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) TLDM.

Susulan insiden tersebut, TLDM turut menubuhkan lembaga siasatan khas bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pada masa sama, TLDM juga akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham.

Sebagai rekod, KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu ditenggelami air sepenuhnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This