KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) perlu mendapatkan pandangan dan nasihat agensi berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum tindakan penutupan sekolah atau mengehadkan aktiviti luar akibat pencemaran alam sekitar diambil .
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana kementerian mahu memastikan kesejahteraan murid dan guru berada pada tahap optimum.
Katanya, KPM juga bersedia mengambil langkah berjaga-jaga mengikut garis panduan ditetapkan dalam menangani isu berkenaan.
“Garis panduan menghadapi isu pencemaran mesti dipatuhi dan KPM sentiasa mendapatkan nasihat KKM serta agensi berkaitan bagi memastikan keadaan terkawal manakala suasana pembelajaran kekal kondusif.
“Garis panduan mesti dipatuhi oleh semua pihak terutama pentadbir sekolah dan langkah diambil mesti berdasarkan garis panduan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: 122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sekolah peringkat kebangsaan KPM di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, hari ini.
Minggu lalu, beberapa kawasan di Johor dilaporkan dilanda pencemaran bau kimia, dengan terbaharu di kawasan Skudai.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pada Rabu lalu, mengesan kehadiran gas ammonia yang tinggi melebihi tahap normal di Sungai Pandan yang menyebabkan pencemaran bau di Kampung Melayu Pandan.
Penemuan itu susulan pemeriksaan JAS di beberapa lokasi di jajaran Sungai Pandan yang menemui beberapa bungkusan tidak dikenal pasti
Sampel tanah, air dan minyak yang diambil sudah dihantar ke Jabatan Kimia namun difahamkan keputusannya belum diperoleh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram