SIASATAN polis terhadap kenyataan berkaitan isu sijil halal tidak perlu dibuat kerana tiada kesalahan yang dilakukan.
Itu reaksi Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok terhadap laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung isu sijil halal yang dianggap menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R).
Ahli Parlimen Siputeh itu berkata, beliau hairan apabila polis melihat kenyataannya itu berpotensi melanggar undang-undang mengikut Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Jika dibaca dan dianalisis kenyataan saya secara menyeluruh dan mengambil kira semua konteks, sudah terang lagi bersuluh bahawa ia tidak mengandungi rujukan kepada 3R atau yang berkaitan dengannya.
“Saya telah berikan penjelasan lanjut apa yang hendak saya sampaikan dalam kenyataan saya, yang sepatutnya meredakan sebarang kebimbangan dan membuat tiada lagi siasatan perlu dibuat.
“Kenyataan saya semata-mata suara kebimbangan dan bagi mengetengahkan isu dihadapi oleh rakyat bawahan, sebagai sebahagian daripada tugas seorang anggota parlimen,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Terdahulu, Kok diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, esok kerana mengeluarkan kenyataan yang membantah cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran yang tidak menghidangkan babi dan arak.
Menurut Kok, perkara itu jika dilaksanakan akan menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Susulan kontroversi itu, Kok tampil menafikan dia tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

