Tiada tawaran lakonan, Angeline Tan percaya pada rezeki – “30 tahun dalam industri saya tak pernah minta job”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Sejak bertudung, saya tidak lagi menerima tawaran berlakon.”

Demikian luahan pelakon Angeline Tan yang tetap berlapang dada dan menganggapn rezeki berlakon masih belum berpihak kepadanya.

Isteri kepada pelakon dan pengarah Sabri Yunus bagaimanapun menggunakan masa terluang itu dengan mendalami ilmu agama Islam.

“Kalau ada berlakon pun sekadar watak tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.

“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon sebab saya jenis yang tak boleh duduk diam. 

“Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah. Tapi saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama,” katanya kepada URTV.

Angeline berkata demikian ketika ditemui pada program Angeline Tanya Abang Jawab terbitan TV AlHijrah di Wangsa Maju, hari ini.

Ditanya adakah dia pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana rumah produksi, bagaimanapun Angeline menegaskan dia tidak pernah menagih daripada mana-mana penerbit mahupun pengarah sejak 30 tahun aktif dalam industri seni.

“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah meminta kerja.

“Dengan suami sendiri pun saya tak pernah minta. Jika ada tawaran lakonan yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.

“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This