Sijil halal: Polis terima 50 laporan terhadap Teresa Kok, siasatan lengkap dua hari

Dari Penulis

POLIS telah menerima 50 laporan di seluruh negara terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya tentang isu sijil halal. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, semua laporan itu telah diterima setakat pukul 12 tengah hari tadi. 

Pada masa sama, Razarudin berkata, pihaknya akan berusaha untuk melengkapkan siasatan dalam tempoh dua hari. 

Katanya, kertas siasatan itu akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya. 

Namun begitu, Razarudin berkata, terdapat saksi lain yang akan dipanggil pihak polis. 

“Dalam masa dua hari ini kita akan majukan kertas siasatan kepada AGC. Kita juga akan panggil saksi yang ada kepentingan dalam siasatan ini,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini. 

Terdahulu, Teresa Kok tiba di Bukit Aman pagi tadi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkait isu sijil halal. 

Setiausaha Publisiti DAP itu tiba pada pukul 9.42 pagi dan akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Teresa dalam sidang media selepas dua jam diambil keterangan memberitahu tidak pernah mempersoal pernaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) termasuk hal pematuhan sijil halal. 

Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang wakil rakyat, beliau berhak untuk menyuarakan kebimbangan dan masalah rakyat berbilang kaum. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This