SAMBUTAN Hari Malaysia adalah masa untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, dalam dunia yang semakin kompleks, perpaduan dan keharmonian adalah kunci kepada kejayaan.
Beliau turut menyeru generasi muda untuk agen perubahan yang memupuk semangat perpaduan demi Malaysia yang aman sejahtera.
“Saya dan seluruh tenaga kerja Kementerian Perpaduan Negara ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-61 kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
“Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting.
“Hari Malaysia memberi makna besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting yang menyatukan rakyat di ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Aaron berkata, rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan.
Katanya, Malaysia merupakan rumah kepada lebih 80 etnik dan bangsa.
“Kini sudah lebih enam dasawarsa, negara tercinta Malaysia ditubuhkan, kini tiba masa generasi muda hayati dan meneruskan legasi negara tercinta ini.
“Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat Hari Malaysia ini dengan penuh rasa bangga dan cinta terhadap negara kita.
“Sambutlah hari ini dengan tekad untuk terus berusaha memajukan Malaysia, menjaga perpaduan, dan memelihara identiti negara kita yang kaya dan berharga ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

