Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 5,454 orang pagi ini

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menunjukkan penurunan kepada 5,454 orang daripada 1,745 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,592 orang daripada 1,788 keluarga, malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa itu ditempatkan di 29 PPS di empat daerah.

Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi apabila sebanyak 3,672 mangsa daripada 1,196 keluarga dipindahkan di 16 PPS diikuti daerah Pendang 1,565 orang daripada 478 keluarga berada di 10 PPS.

Daerah Kubang Pasu pula mencatatkan 153 mangsa daripada 46 keluarga yang berada di dua PPS manakala di Pokok Sena pula, sebanyak 64 orang daripada 25 keluarga ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 1.76 meter.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This