Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KERAJAAN negeri Pahang memandang serius kewujudan gerakan kumpulan seperti GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa sekiranya mereka memerlukan bantuan.

“Perkara ini dalam siasatan pihak polis dan kita sudah tentu mengambil berat mengenai isu tersebut. Ini kerana ia isu semasa dan menjadi topik hangat serta menjadi perbualan orang ramai,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Tanah bagi Skim Tanah Rakyat (STR) Daerah Temerloh di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Ketam, hari ini.

Baca artikel lain: Lebih 83,000 murid terima manfaat fasa pertama Program Anak Kita

Pada 11 September lalu, polis membuat serbuan terhadap 20 rumah amal dipercayai milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan serta menahan 171 individu bagi membantu siasatan kes mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang akhbar di Kuantan mendedahkan keseluruhan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun diselamatkan dalam operasi berkenaan.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September lalu, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan serta tujuh suspek berjaya dituduh di mahkamah dengan 29 pertuduhan.

Di Temerloh pula, lima kanak-kanak yang ditemui dalam serbuan dua premis rumah kebajikan pada 21 September lalu dipercayai di bawah kelolaan GISBH kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare