SEORANG bayi yang lahir pada tahun ini secara purata dijangka akan hidup sehingga 75.2 tahun.
Pada masa sama, bayi perempuan pula dijangka hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki.
Dapatan itu dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) menerusi penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2022-2022, hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan, secara purata, bayi perempuan dijangka boleh hidup sehingga 77.8 tahun berbanding bayi lelaki iaitu pada usia 73 tahun.
Beliau berkata, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri untuk tempoh 2022 hingga tahun ini pula dicatatkan di Selangor.
Katanya, pada tempoh yang sama, Terengganu pula merekodkan jangkaan hayat ketika lahir terendah.
Mohd Uzir berkata, tiga negeri mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada tahun ini iaitu Selangor; Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur.
“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut daerah pentadbiran pada tahun 2024 dicatatkan di Petaling, Selangor iaitu 80.2 tahun manakala Samarahan, Sarawak mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2023 (79.6 tahun) dan 2022 (79.5 tahun).
“Kuala Penyu di Sabah pula merekodkan jangkaan hayat ketika lahir terendah di Malaysia bagi lelaki dan perempuan bagi tempoh 2022 hingga 2024.
“Secara keseluruhan, 31 daripada 156 daerah melepasi jangka hayat di peringkat nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Jumlah jawatan meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta – DOSM
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, bagi tempoh 2014 hingga 2019, jangkaan hayat ketika lahir meningkat 0.3 tahun dengan lelaki meningkat 0.1 tahun dan perempuan pula 0.4 tahun.
Bagaimanapun, jelasnya, jangkaan hayat ketika lahir menurun kepada 0.9 tahun bagi tahun 2020 hingga 2022 dengan jangkaan hayat untuk lelaki turun 1.0 tahun manakala perempuan susut 0.8 tahun.
Bagi tahun 2023 hingga 2024 pula, jangkaan hayat ketika lahir mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2 tahun.
“Peningkatan jangkaan hayat ini disebabkan jumlah kematian pada tahun 2023 dan 2024 telah berkurangan berbanding 2021 dan 2022 yang mana berlakunya lebihan kematian semasa pandemik COVID-19,” katanya.
Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan, seorang lelaki yang mencapai usia 15 dan 60 tahun pada 2024 masing-masing dijangka hidup selama 58.8 tahun dan 18.6 tahun lagi.
Ini bermakna, katanya, lelaki yang berumur 15 dan 60 tahun pada tahun ini masing-masing dijangka hidup sehingga 73.8 tahun dan 78.6 tahun.
Sebaliknya, Mohd Uzir berkata, wanita dalam kumpulan umur sama pula dijangka hidup selama 63.4 tahun dan 21.4 tahun lagi iaitu dengan jangka hayat masing-masing 78.4 tahun dan 81.4 tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

