Kerajaan sasar jadikan Malaysia hab penjanaan kecerdasan buatan – PM

Dari Penulis

KERAJAAN menyasar menjadikan Malaysia sebagai hab penjanaan kecerdasan buatan (AI) dan menyiapkan Pelan Tindakan Teknologi AI dalam masa 12 bulan akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menubuhkan pejabat AI kebangsaan untuk menyelaras inisiatif dalam landskap AI global yang kompetitif.

Beliau memaklumkan demikian ketika berucap pada majlis ‘Mantap Malaysia Bersama AI, A Google For Malaysia Event’, di sebuah hotel, hari ini.

Baca artikel lain: SPRM ubah kaedah siasatan seiring jenayah rasuah semakin rumit dan kompleks

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, intervensi dasar strategik penting dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya potensi Malaysia.

Tambahnya, Malaysia mahu memanfaatkan rakan penting dan mewujudkan negara dipacu AI di Asia.

Beliau berkata, pendigitalan menjadi bidang tumpuan Malaysia apabila negara menggalas kepengerusian ASEAN 2025.

“Malaysia mahu memacu daya saing ekonomi, membolehkan perniagaan memanfaatkan teknologi awan bagi inovasi dan akses pasaran global,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This