POLIS menahan seorang lelaki warga Nepal selepas disyaki terlibat dalam kes pembuangan mayat bayi yang baru dilahirkan.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya sebelum itu telah menerima maklumat mengenai seorang wanita warga Kemboja berusia 43 tahun datang ke Hospital Taiping.
Jelas beliau, wanita berkenaan berada dalam keadaan sedar dan baru melahirkan anak tetapi bayinya dikatakan telah meninggal dunia.
Begitupun, jelas Mohamad Nasir, pihak hospital mendapati bayi berkenaan tidak dibawa bersama wanita tersebut.
“Mangsa dalam kejadian ini adalah seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan disyaki telah dibuang.
“Susulan daripada maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota telah digerakkan dan berjaya menangkap suspek lelaki warganegara Nepal berusia 34 tahun dalam masa kurang 24 jam.
“Suspek yang ditangkap telah menunjukkan tempat mayat bayi tersebut dibuang iaitu di kawasan tepi Sungai Larut, Simpang, Taiping,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau, wanita warga Kemboja itu akan ditahan selepas selesai menerima rawatan di Hospital Taiping.
Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

