Pahang negeri terbaharu putuskan pengikut GISBH menyeleweng, sesat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAHANG menjadi negeri terbaharu mengisytiharkan bahawa pengikut-pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) sama ada pekerja yang beragama Islam atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.

Perkara tersebut diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang Rabu lalu dengan keputusan itu telah diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, pengikut-pengikut GISBH diputuskan menyeleweng dan sesat apabila meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh kumpulan Al-Arqam yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada tahun 1994.

Pada masa sama, kata beliau, ahli dan pengikut GISBH turut percaya bahawa ketua kumpulan Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia pada tahun 2010 tidak mati sebaliknya ghaib.

“Bahawa keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah atau mana-mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan.

“Sistem ekonomi yang telah dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISBH dijangka dibentang minggu depan

Mengulas lanjut, Asmadi mahu semua pihak berkuasa termasuk agensi berkaitan bekerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantaun pengikut GISBH.

Katanya, kerjasama membabitkan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan pelbagai lain.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.

Sebelum itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya batiniah, menjadikan ia negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This