KERAJAAN Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berjaya menarik pelaburan besar khususnya dalam pembinaan pusat data di negara ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, melalui pencapaian tersebut, Malaysia dilihat sudah bersedia untuk mengembangkan potensinya sebagai pusat ekonomi digital utama di rantau Asia Tenggara.
“Di bawah kerajaan Madani, kita telah berjaya menarik pelaburan RM142 bilion, pelaburan dalam pembinaan pusat data.
“Minggu ini Kabinet sudah lulus garis panduan perancangan pusat data. Pagi ini majlis pelancaran disempurnakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sebelum ini, Kor Ming berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju meluluskan penerima pakaian Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Baca artikel lain: Menteri Pendidikan titip nasihat calon SPM jaga kesihatan mental
Katanya, garis panduan itu bertujuan menyeragamkan serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan oleh pihak berkepentingan, menyokong inisiatif memudahkan menjalankan urusan dan melengkapkan keseluruhan ekosistem industri pusat data selain panduan kepada yang terlibat dalam pembangunan pusat data.
“Secara keseluruhan, GPP ini meliputi panduan perancangan tapak, prosedur permohonan pelan pemajuan bagi kebenaran merancang dan pelan bangunan selain terpakai kepada skala pemajuan pusat data yang melebihi satu mega volt Amp (MVA) sama ada di kawasan baharu atau di bangunan sedia ada.
“Dengan pelancaran GPP Pusat Data ini, kami berhasrat untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur digital dan menyokong ekosistem pemajuan pusat data melalui pembinaan pusat data di lokasi yang lebih strategik mengikut zon guna tanah yang ditetapkan agar dapat memastikan pengagihan sumber bagi keperluan domestik tidak terjejas,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

