Bunuh pemandu lori, Warga Myanmar dihadap ke mahkamah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG gelandangan warga Myanmar yang dipercayai baru tinggal di Malaysia tidak sampai sebulan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori, awal bulan ini.

Bagaimanapun lelaki berusia 20 tahun itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak memahami bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris ketika disoal oleh jurubahasa mahkamah sebelum pertuduhan dibacakan.

Dia yang memakai baju -T berwarna hitam ketika berdiri di dalam kandang tertuduh kemudian mengangguk sejurus mahkamah menawarkan jurubahasa Myanmar kepadanya.

Terdahulu lelaki berkenaan sepatutnya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Iqbal Azman manakala lelaki terbabit tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Majistret Nur Hafizah Rajuni kemudian menetapkan 8 November ini sebagai tarikh sebutan kes bagi membacakan pertuduhan ke atasnya dalam bahasa Myanmar.

Dalam pada itu, Majistret Nur Hafizah turut tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan kes bunuh merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Gelandangan itu dipercayai membunuh seorang lelaki tempatan di sebuah pondok rekreasi sekitar jam 5 sehingga 6 petang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Selayang, awal bulan ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This