PERUNTUKAN untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan kepada RM360 juta berbanding RM338 juta pada belanjawan tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya untuk SPRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Katanya, angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus penangkapan dan pembukaan kertas siasatan untuk tahun
2023 ketimbang sebelumnya.
“Sejak mengemudi negara, semua tahu ketegasan saya dalam soal memerangi rasuah kerana rasuah ialah barah senyap yang menjatuhkan moral rakyat dan keyakinan pelabur.
“Tidak guna ditetapkan hala tuju ekonomi dan pelbagai dasar sekiranya pelaksanaan masih ditakuk lama salah guna kuasa, seleweng dana dan mengkayakan kelompok sendiri.
“Masa depan negara bergantung kepada kejayaan kita membanteras rasuah,”katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’ di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya lagi, Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) turut digubal bagi menghapus segala bentuk rasuah melalui strategi ampuh dan terperinci.
“Antara ikhtiar lain yang menyusul termasuklah RUU Kebebasan Maklumat dan RUU Perolehan Kerajaan bertujuan memperkasa tata kelola dan kecekapan perkhidmatan awam,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

