PERIKATAN Nasional (PN) bukan sekadar pembangkang tetapi matang dan berjiawa besar dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara.
Perkara itu menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dapat dilihat menerusi sumbangan ahli-ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat selama ini.
Antara contoh, kata beliau apabila PN menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan selepas berpuas hati dengan beberapa pindaan, sekaligus menepati kehendak Majlis Raja-Raja khususnya melibatkan mekanisme kawalan yang diperketatkan.
“Kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi yang diberikan oleh mana-mana negara dan sudah tentu, dasar pemberian taraf kewarganegaraan perlu dibuat secara ketat, teliti serta cermat demi memelihara kedaulatan Malaysia.
“Keputusan ini membuktikan Perikatan Nasional mengamalkan budaya politik yang bertanggungjawab, matang serta berkredibel dalam mempertahankan kepentingan negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, sokongan itu juga secara tidak langsung adalah bertepatan dengan manifesto PN.
Jelas beliau, manifesto itu adalah untuk memberikan hak kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara di mana ibunya adalah seorang warganegara.
Namun begitu, katanya, beberapa teguran membina telah disuarakan oleh ramai ahli Parlimen PN bagi memastikan mekanisme kawalan dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan.
“Sikap ini jelas memperlihatkan PN bukan sekadar pembangkang tetapi matang dan berjiwa besar dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram