Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ziarah makam dua imam besar Islam di Uzbekistan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengambil kesempatan masa untuk menziarahi makam Imam Abu Mansur al-Maturidi, di Uzbekistan, baru-baru ini.

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Imam Abu Mansur ialah seorang daripada imam dalam aliran akidah Ahli Sunnah WalJamaah.

Jelas beliau, Manhaj al-Maturidiyyah disusun berdasarkan lima karya utama Imam Abu Hanifah iaitu al-Fiqh al-Akbar; al-Fiqh al-Absat; al-Risalah; al-‘Alim wa al-Muta’allim dan al-Wasiyyah.

“Pengajian akidah Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut aliran akidah al-Maturidiyyah tidak akan lengkap tanpa melalui kitab-kitabnya yang terkenal seperti Bad’ al-Amali (al-Ushi), Umdat al-Aqidah (al-Nasafi), Sharh al-Aqidah al-Nasafiyyah (al-Taftazani), Usuluddin (al-Bazdawi), dan Tabsirat al-Adillah (al-Nasafi).

“Setiap para ulama akidah Ahli Sunnah wal Jamaah samada dalam kalangan al-Ashairah, al-Maturidiah, dan Ahl al-Hadith ada sumbangannya yang tersendiri kepada ummah.

“Zaman mereka telah berlalu. Apa yang tinggal pada kita adalah ilmu mereka yang terdahulu, untuk diuruskan dengan penuh toleransi (al-samahah), bagai menarik rambut dalam tepung. Kerana akhirnya, semua ingin ke syurga,” katanya menerusi perkongsian di media sosial semalam.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, beliau juga telah diberi telah diberi penghormatan oleh pihak Kerajaan Uzbekistan melalui Vaqf Xayriya Jamoat Fondi (Yayasan Wakaf Kebajikan Awam) untuk menziarahi Makam Imam al-Bukhari di Samarkand.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah diberi telah diberi penghormatan oleh pihak Kerajaan Uzbekistan melalui Vaqf Xayriya Jamoat Fondi (Yayasan Wakaf Kebajikan Awam) untuk menziarahi Makam Imam al-Bukhari di Samarkand.

Katanya, ketika ini, kawasan berkenaan ditutup kerana projek pembinaan semula sedang dijalankan dan tidak ada yang dibenarkan untuk memasukinya kecuali atas jemputan khas peringkat tertinggi negara.

Jelas beliau, projek pembinaan semula makam itu bertujuan untuk mengubah suai kompleks peringatan, dan pembinaan hotel di kawasan ini untuk kemudahan para pelancong.

Zulkifli berkata, masjid yang sedang dibina itu berkapasiti 10,000 orang jemaah, empat menara dengan ketinggian 74.6 meter, ruang wuduk, hotel, bangunan pentadbiran dan perkhidmatan, dan Makam Imam al-Bukhari.

“Melangkah masuk ke makam dan melihat sendiri tempat bersemadinya insan agung al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’di al-Bukhari, menerbitkan rasa sebak dalam hati saya.

“Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan saya menamatkan bacaan 1,322 buah hadith dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan juga kitab Khalq Af’al al-Ibad susunan Imam al-Bukhari di bumi barakah Samarkand.

“Terima kasih kepada saudara Abdulazizkhon selaku Pengarah Vaqf Xayriya Jamoat Fondi Wilayah Samarkand, dan Haji Dechonboy, Pengurus Pembinaan Makam Imam al-Bukhari atas sambutan dan layanan.

“Benarlah kata Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i rahimahullah (w. 229 H), “Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) adalah orang yang faqih dalam kalangan umat ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This