BELANJAWAN 2025 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menyuntik iltizam dan semangat Warga Pertahanan untuk sentiasa mempertingkat kesiapsiagaan demi kedaulatan tanah air Malaysia.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berusaha sedaya
upaya agar peruntukan Belanjawan 2025 dimanfaatkan dengan telus, berhemah serta berintegriti demi sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pertahanan telah menerima peruntukan sebanyak RM21.13 bilion bagi 2025 yang mana peruntukan tersebut meningkat kira-kira 7.08 peratus berbanding peruntukan tahun 2024 iaitu sebanyak RM19.7 bilion.
Jelas Kementerian pertahanan, daripada jumlah tersebut, RM13.64 bilion adalah untuk Peruntukan Mengurus (OE) manakala RM7.49 bilion adalah bagi Peruntukan Pembangunan (DE).
“Kementerian Pertahanan akan memperkemaskan lagi inisiatif seiring dengan fokus Belanjawan 2025 dalam memastikan kesejahteraan warga Pertahanan di tahap tertinggi, merencanakan kesiapsiagaan ketenteraan, mengukuhkan keselamatan persempadanan negara, meningkatkan hubungan pertahanan antarabangsa dan memangkin semangat patriotisme sebagai benteng pertahanan terbaik negara,”
menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, terdapat beberapa keutamaan Kementerian Pertahanan melalui Belanjawan 2025.
Antaranya, jelas Kementerian Pertahanan adalah daripada aspek kesejahteraan warga Pertahanan; kesiapsiagaan ketenteraan dan persempadanan negara; hubungan pertahanan antarabangsa dan patriotisme sebagai benteng pertahanan negara.
“Kementerian Pertahanan dan ATM berbesar hati dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman Belanjawan pada
18 Oktober dan menyambut baik Belanjawan MADANI Ketiga ini,” jelas kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

