Gambar hiasan. Pesawat pejuang Sukhoi SU 30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). GAMBAR: Jabatan Penerangan

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM yang dilaksanakan ketika kejadian bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh semalam.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dalam kejadian yang berlaku jam 11.06 pagi itu, TUDM juga mengesahkan tiada pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.

“Pihak TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan dan mengenalpasti punca sebenar kejadian,” jelas TUDM.

Semalam, satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk di bandar raya itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta berkata, dentuman itu bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan polis seperti didakwa pengguna media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram