Piala DSS 2024 kini bertaraf level III, tarik penyertaan penembak handalan luar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEJOHANAN menembak Piala DSS 2024 anjuran Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya kembali semula buat tahun ketiga pada minggu ini.

Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini merupakan kejohanan tahunan mengumpulkan penembak handalan dari dalam dan luar negara.

Apa yang menarik, kejohanan kali ini telah beralih kepada pertandingan bertaraf Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Level III.

Pengarah program, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, keupayaan untuk menganjurkan kejohanan level III sangat berkait dengan fasiliti dimiliki KMSS yang disifatkan sebagai lokasi penganjuran pertandingan menembak terbaik Malaysia.

Selain itu, katanya, pengalaman serta keupayaan menganjurkan banyak kejohanan menembak sebelum ini menjadi pemudah cara bagi jawatankuasa menembak antarabangsa mengangkat taraf Piala DSS ke level III.

Baca artikel lain: Malaysia Airlines beri tumpuan tingkat latihan, ambil pekerja

Katanya lagi, susulan daripada itu buat julung kalinya kejohanan berjaya menarik penyertaan peserta dari tiga negara luar iaitu Singapura, Taiwan dan Thailand.

“Piala DSS ini sebenarnya adalah penganjuran kali ketiga dan kita naik taraf levelnya daripada dua kepada tiga iaitu level antarabangsa, sebelum-sebelum ini kita buat level II iaitu untuk penembak tempatan sahaja.

“Sambutan dalam kalangan peserta antarabangsa sangat memberansangkan namun oleh kerana banyak penyertaan dibuat pada saat-saat akhir kita tak dapat nak terima.

“Ini kerana ada prosedur-prosedur daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menetapkan syarat borang perlu diserahkan sebulan sebelum kejohanan berlangsung.

“Perjalanan kita untuk (memohon level III) dengan PDRM, Kementerian Belia dan Sukan selain jawatankuasa antarabangsa semuanya alhamdulillah berjaya,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Mohamad Hamdan menambah Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III pastinya lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana pihak penganjur mengambil pendekatan untuk memaksimumkan kemudahan di KMSS.

“Kita menyediakan 16 peringkat, kapasiti penuh Kelab Menembak Sasaran Shapadu, kita ada 17 lurah dan menggunakan 16 lurah untuk 16 peringkat.

“Sebagai penganjur kami akan lakukan yang terbaik, pastikan kejohanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah-masalah yang boleh mengganggu kelangsungan kejohanan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This