UMNO yakin permohonan maaf zahirkan perasaan ikhlas Najib

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERMOHONAN maaf oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) datang dari hati nurani yang suci dan tulus sekali gus menzahirkan perasaan ikhlas bekas Perdana Menteri itu.

Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan, kenyataan dikemukakan Najib itu membuktikan semangat dan jiwa besar bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebagai pemimpin utama negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa juga keadaan.

Menurut Asyraf Wajdi, tindakan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekhilafan tidak terniat itu menunjukkan peribadi luhur yang murni serta kecintaan tidak berbelah bahagi kepada rakyat dan negara.

“UMNO mengikuti rapat perbicaraan kes 1MDB kini dan SRC (International Sdn Bhd) sebelum ini terhadap Najib serta keputusan Mahkamah Switzerland terhadap eksekutif PetroSaudi dan terbaharu kenyataan media beliau semalam.

“UMNO menegaskan kenyataan itu menggariskan bahawa beliau telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mengambil kesempatan serta meraih keuntungan atas tipu daya tersebut.

Baca artikel lain: Penggubalan akta tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib

“UMNO dan seluruh ahlinya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan serta dalang utama yang sebenar dalam kes SRC dan 1MDB dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung kejadian salah laku dalam 1MDB.

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar, Najib turut mengakui berasa amat terluka apabila mengetahui bahawa segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, perbicaraan mahkamah baru-baru ini dan sabitan kes terhadap dua eksekutif syarikat PetroSaudi oleh Mahkamah Switzerland membuktikan bahawa beliau bukanlah dalang di sebalik penyelewengan itu.

Malah, Najib menegaskan, artikel terkini yang diterbitkan akhbar The Edge berdasarkan kepada analisis mereka terhadap kes tersebut serta e-mel dalaman PetroSaudi jelas membuktikan beliau tidak bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This