Peningkatan peruntukan kepada pesawah komitmen kerajaan tingkatkan pengeluaran beras tempatan

Dari Penulis

PENINGKATAN 5.5 peratus peruntukan subsidi padi dan insentif kepada pesawah dalam Belanjawan 2025 berbanding tahun ini mencerminkan tekad kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata keseluruhannya RM2.6 billion diperuntukkan kepada dua perkara berkenaan dalam belanjawan tahun hadapan.

“Peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Belanjawan 2025 pula bertambah 4.1 peratus bagi meningkatkan produktiviti sektor agromakanan yang akan mensejahterakan rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Pesawah dan Penyampaian Insentif Padi Peringkat Zon Pedalaman Sabah hari ini.

Baca artikel lain: MCMC main peranan penting dalam transformasi, tingkat akses penjagaan kesihatan

Seramai 15,000 pesawah dari daerah ini, Keningau, Tenom serta Tambunan menerima Bantuan Baja dan Racun di bawah Skim Baja Padi Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).

Arthur berkata bagi tahun ini, kementeriannya melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menyalurkan bantuan dan insentif RM54.4 juta kepada pesawah di negeri ini.

Beliau berkata jumlah itu termasuk Bantuan Khas Sumbangan Tunai Fasa 1 2024 berjumlah RM18.6 juta kepada 31,028 orang pesawah dan Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebanyak RM7.3 juta yang memanfaatkan 29,473 penerima.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This