Kerajaan MADANI adil dan terangkum dalam agihan peruntukan – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI akan sentiasa adil dan terangkum dalam agihan peruntukan bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi serta rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika dibandingkan peruntukan pembangunan di antara tahun 2022 dengan 2025, jelas terdapat komitmen untuk merapatkan jurang bagi negeri kurang membangun.

Katanya, sebagai contoh, Sabah RM5.2 bilion (2022) kepada RM6.7 bilion (2025); Sarawak RM4.7 bilion (2022) kepada RM5.9 bilion (2025) dan Terengganu RM1.4 bilion (2022) kepada RM1.8 bilion (2025).

Katanya lagi, tidak ketinggalan Kelantan RM2.4 bilion (2022) kepada RM3.2 bilion (2025) dan Kedah RM1.6 bilion (2022) kepada RM2.2 bilion (2025).

“Jawapan ini perlu yang dipertua kerana ia menolak sebahagian daripada tanggapan bahawa ada peminggiran seperti mana yang ditohmahkan sebelum ini.

“Dan apabila kita beri angka-angka ini tidak dihadam dan naratif lama diteruskan,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang bertanya apakah projek infrastruktur kerajaan Persekutuan tertumpu kepada negeri-negeri tertentu sahaja?

Baca artikel lain: WARISAN bergerak solo pada PRN-17, tanding semua 73 kerusi DUN – Shafie

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, keutamaan dalam penyediaan infrastruktur diberikan kepada projek yang menyokong agenda kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Oleh itu, katanya, setiap projek dinilai secara holistik, dengan penekanan pada potensi impak tinggi terhadap pembangunan sosial, pemerkasaan ekonomi tempatan dan penciptaan peluang pekerjaan.

Anwar berkata, sehingga Disember 2024, sembilan daripada 11 pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan empat daripada 35 pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah disiapkan.

“Kerajaan MADANI telah meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan kos berjumlah RM15.90 bilion yang disediakan di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan juga telah meluluskan pelaksanaan Sabah Sarawak Link Road (SSLR) dengan kos hampir RM10 bilion.

“Selain daripada itu, Pusat Kanser Sarawak juga telah diluluskan pelaksanaannya dengan kos berjumlah RM1 bilion bermula pada tahun 2025 sehingga tahun 2032,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki menyamar sebagai penjawat awam

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang,...

More Articles Like This