Abdul Hadi luang masa ziarah Dr Mahathir di IJN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempat meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Abdul Hadi dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkongsi gambar pertemuan dengan Dr Mahathir dan turut dimuat naik ke akaun TikTok.

“Alhamdulillah, kesempatan menziarahi Tun Mahathir di IJN.

“Didoakan semoga terus dikurniakan kesihatan sebaiknya, insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada 15 Oktober lalu, Dr Mahathir dilapor telah dimasukkan ke IJN selepas mengalami jangkitan saluran pernafasan.

Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff seperti dilaporkan media memberitahu, bekas ahli Parlimen Langkawi itu mengalami batuk sebelum dibawa ke IJN.

Baca artikel lain: Jangkitan saluran pernafasan, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

Jelasnya, Dr Mahathir mendapat cuti sakit sehingga 25 Oktober.

Sebelum itu, media melaporkan perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan ke 29 Oktober selepas bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dimasukkan ke IJN petang semalam kerana mengalami jangkitan lower respiratory tract infection (LRTI).

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong kemudian menetapkan 29 dan 30 Oktober serta 5, 6 dan 9 Disember ini untuk menyambung perbicaraan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This