KISAH Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW hanya diceritkan sebagai satu perkongsian dan bukan bertujuan untuk memuja diri sendiri.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas memilih untuk percaya terhadap cerita berkenaan mimpin yang dinyatakan Abdul Hadi.
Katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai mimpi tersebut atau sebaliknya.
“Adapun kami sebagai ‘anak-anak beliau’ di dalam Pas, kami memilih untuk percaya, apa yg anda nak kalut?
“Dan kami faham, ia diceritakan sebagai satu perkongsian ‘keluarga’ antara seorang ‘bapa’ dalam perjuangan untuk ‘anak-anaknya’ dalam satu program Ijtima Tarbawi, bukan diangkat untuk tujuan memuja diri sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, tular rakaman video ucapan Abdul Hadi yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW yang datang ke Rusila di Marang, Terengganu dan meminta ahli politik terbabit mendamaikan perbalahan di antara golongan Sunni dan Syiah.
Perkongsian Abdul Hadi itu mendapat reaksi bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Khairuddin Aman Razali, yang antara lain menjelaskan mimpi tidak boleh dijadikan hujah atau dalili untuk apa-apa tindakan.
Khairuddin yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO menambah, dalam Islam mimpi yang baik datang daripada Allah SWT sebagaimana hadis sahih dan ia boleh ditafsirkan dengan kebaikan.
“Namun mimpi bukannya dalil dan hujah untuk sesuatu tindakan termasuk mimpi bertemu Rasulullah kerana sebagaimana para ulama mujtahid boleh tersilap dalam berijtihad, maka demikianlah juga para pantafsir mimpi juga boleh tersilap.
“Sekiranya Abu Bakar al-Siddiq pun boleh tersilap mentafsirkan mimpi yang baik apatah lagi selain beliau (Abdul Hadi),” katanya dalam satu hantaran dipercayai merujuk ucapan Abdul Hadi.
Ahmad Fadhli bagaimanapun turut bersependapat dengan penegasan bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam syarak.
“Ada ulama UMNO berkata, dakwaan mimpi bertemu Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan hujah. Ya betul, memang tidak boleh dijadikan hujah syarie. Tetapi jika apa yg didapati dari mimpi tersebut selari dgn tuntutan syarie, tiada masalah.
“Menyuruh ke arah perpaduan ummah bukankah selari dengan tuntutan syarie? Jadi ia memperkuatkan azam dan tekad melaksanakan tuntutan Islam.
“Lainlah jika tiba-tiba mimpi tersebut mengarahkan sesuatu yang bertentangan dengan syarak. Contoh, disuruh tinggalkan puasa di bulan Ramadhan, atau tinggalkan solat.
“Maka ia tidak terpakai, kerana syarak telah meletakkan panduan dari awal, dan mimpi itu tidak boleh membatalkan syarak yang telah digariskan dari awal,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

