SUSPEK kes buli dan dera terhadap seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilapor akan didakwa di mahkamah hari ini.
Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, suspek tersebut akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur.
Menurut beliau, pertuduhan melibatkan seorang pelajar senior UPNM berusia 22 tahun yang sebelum ini telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Kes pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan membabitkan kes buli pelajar UPNM,” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.
Sebelum ini, suspek yang juga pegawai kadet tahun empat itu telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Baca artikel lain: Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC
Kertas siasatan kes itu dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan kira-kira 8.20 malam pada 1 November lalu.
Kejadian yang berlaku pada 11.45 malam 22 Oktober lepas di bilik asrama UPNM selepas penuntut senior itu telah meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.
Secara tiba-tiba, pelajar senior itu telah mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali.
Tindakan pelajar senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta mengakibatkan kecederaan melecur.
Ketika kejadian, beberapa orang penuntut senior dikatakan turut berada dalam bilik berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram