Anwar tiba di Riyadh hadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi, pagi tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam itu akan memberi fokus kepada serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin serta Lubnan.

Selepas tamat sidang kemuncak berkenaan, Anwar berkata, beliau akan kembali semula ke Kaherah, Mesir.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi membawa mandat dan suara rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam yang akan memberi fokus kepada serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan.

Baca artikel lain: Negara yang enggan terima resolusi PBB perlu disingkir – PM

“Usai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam, saya akan kembali semula ke Kaherah bagi menyambung beberapa rencana yang telah disusun awal bersama delegasi Malaysia dan Mesir.

“Doakan usaha Malaysia dipermudahkan demi saudara kita yang sedang ditindas, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan Wisma Putra yang dikongsi di laman X, ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh, Putera Mahkota Mohammed bin Abdulrahman, serta Datuk Bandar Wilayah Riyadh, Dr Faisal bin Abdulaziz.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh, Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This