PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dijadual berlangsung esok di Riyadh, Arab Saudi akan dapat mencapai kata sepakat sesama negara Islam bagi menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.
Anwar dalam syarahan umum di Universiti Al-Azhar di sini pada Ahad juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Mesir, yang memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Esok kita adakan mesyuarat tergempar negara Islam dan Arab di Riyadh. Jadi saya dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi akan ke Riyadh (untuk hadir bagi) bincang perkembangan terakhir Gaza dan Palestin.
Baca artikel lain: Cita-cita tidak kesampaian, catatan sejarah gagal dilakar
“Rejim Israel seolah-olah mahu melenyapkan rakyat Palestin dari bumi Gaza dan melakukan apa yang disebut genosid. Belum ada dalam sejarah manusia ketika ini, satu negara boleh melanggar semua peraturan dan undang-undang, membunuh anak-anak dan wanita, melakukan kekejaman dengan merampas tanah, menakluki sebagai penjajah.
“Maka sebab itu Malaysia telah cuba menyampaikan pandangan kepada rakan-rakan kita di negara Arab dan Islam, dengan membangun yang disebut sebagai Global South atau Pakatan Negara Selatan untuk mendesak supaya Israel disingkir sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata beliau.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

