Md Non Nawang

PEMILIK Warung Pok Nong, Md Non Nawang yang terkenal dengan sajian sotong celup tepung di Kampung Teliput, Kuala Terengganu, meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham yang mesra dipanggil Pok Nong itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun pada pukul 11.40 malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Berita sedih mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsikan di laman Instagram Warong Pok Nong.

Bercakap kepada UtusanTV, anaknya yang dikenali sebagai Nur Izzati, 25, memaklumkan, Pok Nong mengalami demam beberapa hari namun sempat menghadiri majlis graduasi anak bongsunya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Selasa petang.

Katanya, Pok Nong kemudian secara tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum pasukan perubatan UniSZA memberikan bantuan awal kecemasan.

“Ayah dibawa ke Hospital UniSZA dan telah berada dalam keadaan stabil.

“Pada pukul 3.30 pagi, doktor hubungi dan maklumkan ayah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Jantung ayah telah berhenti dan terpaksa ditidurkan.

“Doktor buat CT Scan dan dapati ada pendarahan dalam kepala sebelum ayah dipindahkan HSNZ dan disahkan meninggal dunia pada malam tadi,” katanya.

Jelasnya, jenazah Pok Nong akan disolatkan di Masjid Megabang Telipot, Kuala Nerus pada pukul 11 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Gong Awang Lib, Mengabang Telipot.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram