Program kefahaman dan pendidikan politik mampu tangani isu perkauman – Shamsul Iskandar

Dari Penulis

KERAJAAN perlu memperluas program kefahaman dan pendidikan politik kepada anak muda bagi memastikan mereka tidak terperangkap dengan isu perkauman sempit yang sering dimainkan pihak pembangkang dalam meraih sokongan.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata perkara berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana 40 peratus daripada keseluruhan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan terdiri daripada anak muda berusia antara 18 hingga 35 tahun.

“Kumpulan umur ini wajar didekati dan diberikan kefahaman serta pendidikan politik supaya mereka lebih memahami realiti kepelbagaian kaum dan proses asimilasi dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Program Podcast Sembang Anak MADANI di Pejabat PKR Perak, malam tadi.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dalam ucapan penggulungan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Perak, bersetuju bahawa Perak perlu menyuburkan program pengkaderan dan pemahaman politik, terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Saarani berkata langkah ini penting bagi memastikan golongan muda benar-benar memahami dasar kerajaan dan peranan penting BN dalam mencorakkan masa depan negeri dan negara.

Shamsul Iskandar turut mengingatkan bahawa usaha memberi kefahaman dan pendidikan politik harus segera dilaksanakan, memandangkan tempoh masa menuju PRU16 semakin dekat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This