PM gesa tindakan global banteras sikap tidak bertoleransi, Islamofobia

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa supaya diwujudkan satu usaha global bersepadu bagi menghayati nilai ihsan, keadilan dan kemanusiaan untuk membanteras peningkatan sikap tidak bertoleransi, perkauman dan Islamofobia.

Bercakap pada mesyuarat Strategic Vision Group Russia-Islamic World, Perdana Menteri berkata isu-isu tersebut telah menjadi cabaran berterusan yang dihadapi oleh dunia Islam dan umat manusia secara umumnya, termasuk tragedi yang sedang melanda di Gaza dan kebangkitan fasisme serta perkauman di pelbagai wilayah.

Beliau menegaskan bahawa prinsip As-Samud, Rahmah dan Ihsan atau nilai toleransi, belas kasihan dan kemanusiaan mesti membimbing dunia Islam dalam menangani cabaran global.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar Rusia Andrey Rudenko, Ketua Pengarah Hal Ehwal Politik di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Mohamed Salah Tekaya dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Osman Bakar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This